"Versys Owner Group" atau juga lebih dikenali sebagai VOG adalah antara komuniti motorsikal berkumpulan yang paling besar serta aktif dengan aktiviti permotorannya terdiri dari pemilik-pemilik motorsikal berkuasa 650c.c dan 1000c.c jenama Kawasaki Versys.
Bermula dengan niat serta harapan ingin bersatu, pemilik-pemilik Versys samada dari model CBU atau CKD telahpun menjadikan Facebook sebagai medium sosial untuk menggabungkan ke semua pemilik-pemilik motorsikal berdaftar ini menjadi satu.
Tanpa mengira apa jua jenis motorsikal yang digunakan, VOG dan Program Versys Bike Jamm yang diaturkan adalah terbuka kepada SEMUA jenis motorsikal.. Semuanya adalah kerana semangat persaudaraan di kalangan penunggang-penunggang motorsikal (brotherhood).
OBJEKTIF VBJ 2013
Mengeratkan ikatan silaturahim dan semangat kekeluargaan sesama ahli di seluruh Malaysia yang terdiri dari berbilang usia dan bangsa selain mewujudkan dan menanam semangat serta mempraktikkan gagasan 1 Malaysia seperti yang telah disarankan oleh Perdana Menteri.
Memberi anugerah-anugerah jasa bakti kepada ahli-ahli yang telah banyak mengharumkan nama VOG dimata masyarakat Malaysia.
Anugerah-anugerah turut diberikan kepada ahli lelaki dan wanita terbaik, atlit terbaik, pasukan-pasukan terbaik, konvoi terbaik, pengurusan VOG Negeri terbaik dan banyak lagi. Dengan adanya sumbangan anugerah ini, dapat menaikkan semangat lagi kepada seluruh ahli VOG ini untuk menaikkan lagi nama VOG.
Mewujudkan semangat kerjasama, setiakawan dan secara tidak langsung dapat melahirkan generasi muda yang sihat dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani. Selain itu, program ini juga dapat menghindarkan generasi muda kita daripada terjebak dengan gejala sosial dan aktiviti yang tidak sihat seperti ancaman najis dadah dan kegiatan merempit. Ini juga sebahagian daripada saranan kerajaan supaya kita sebagai warganegara Malaysia dalam memajukan sektor pelancongan dalam negara amnya dan sektor pelancongan Negeri Sembilan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTerbaik..... jom pakat ramai2 memeriahkan lagi VBJ ini...
ReplyDeleteAyuh..Kita kasi gegar Port Dickson
ReplyDelete